PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong untuk memasukkan tiga alasan tambahan dalam petisyen rayuannya bagi mengetepikan sabitan atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin membenarkan permohonan Yong.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Yong, ketika dihubungi Bernama berkata mahkamah membenarkan permohonan anak guamnya kerana tiada bantahan oleh Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim@Husaini.
Yong turut diwakili peguam Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir.
Mahkamah Rayuan menetapkan 30 Jan tahun depan untuk mendengar rayuan Yong.
Antara alasan yang Yong ingin masukkan dalam petisyen rayuannya ialah beliau telah dinafikan perbicaraan yang adil kerana Seksyen 265A Kanun Tatacara Jenayah yang digunakan oleh hakim Mahkamah Tinggi tidak berperlembagaan dan prosiding di Mahkamah Tinggi telah melanggar keadilan semula jadi yang menyebabkan berlakunya kesilapan.
Pada 27 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati Yong, 53, bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di dalam bilik rumahnya di Ipoh, Perak antara 8.15 malam dan 9.15 malam pada 7 Julai 2019.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan hukuman terhadap Yong ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed, dalam keputusannya, berkata mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pembelaan Yong bahawa insiden rogol itu tidak berlaku, tidak boleh dipercayai, hanya penafian dan difikirkan kemudian
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Mahkamah Rayuan menetapkan 30 Jan tahun depan untuk mendengar rayuan Yong. - Gambar fail/BERNAMA
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Bekas ADUN Tronoh dibenarkan tambah tiga alasan dalam petisyen rayuan
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin membenarkan permohonan Yong.
Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh
Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mengetuai pasukan pembelaan rayuan bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong terhadap sabitan dan hukuman kerana merogol pembantu rumahnya.